Tuesday, 9 February 2016

EMPLOYEE BENEFIT - PRU@WORK

EMPLOYEE PRU@WORK



Memperkenalkan PRU@work, satu pelan insurans yang dicipta khas untuk menyediakan jaminan kewangan dan manfaat penjagaan kesihatan istimewa untuk pekerja anda. Langkah permulaan ini memainkan peranan penting untuk membantu anda menarik dan mengekalkan pekerja berkualiti yang mampu memperkembangkan perniagaan anda. Lindungi perniagaan anda dengan memastikan pekerja anda dilindungi.

Manfaat Asas
menyediakan bantuan kewangan kepada pekerja anda jika berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal (TPD) sebelum berumur 70 tahun. Manfaat ini memastikan ahli keluarga tersayang mereka mampu meneruskan kehidupan dengan sebaiknya seandainya perkara yang tidak diingini menimpa mereka

Perlindungan Tambahan
Manfaat Opsyenal ini membolehkan kakitangan yang didiagnos dengan mana-mana 36 Penyakit Kritikal menerima manfaat sekaligus untuk membantu meringankan beban kewangan mereka. Manfaat sekaligus ini akan mengurangkan Manfaat Asas.

2. Manfaat Hilang Upaya Separa Kekal Kumpulan (GPPD)
Manfaat Opsyenal
ini menyediakan bayaran sekaligus sejajar dengan peratusan Jadual Indemniti1 sekiranya pekerja anda
mengalami kecederaan badan akibat sebarang sebab

3. Manfaat Kematian & Hilang Upaya Akibat Kemalangan Kumpulan (GADD)
Manfaat Kematian & Hilang Upaya Akibat Kemalangan Kumpulan (GADD)
Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Manfaat Opsyenal ini menyediakan amaun sekaligus sejajar dengan Jadual Indemniti1 jika pekerja anda meninggal dunia atau mengalami kecederaan badan (sebagai contoh kehilangan jari, anggota badan, penglihatan dsb) akibat satu Kemalangan

Manfaat Pembayaran Ganti Perubatan akibat Kemalangan Kumpulan2 (GAMR)
Jika pekerja anda mengalami kecederaan badan akibat Kemalangan, Manfaat Opsyenal ini membayar balik semua perbelanjaan perubatan yang ditanggung untuk rawatan, caj hospital dan yuran kejururawatan sehingga amaun manfaat untuk pelan yang dipilih bagi setiap Kemalangan.

Manfaat Pampasan Mingguan Kumpulan2 (GWI)
Jika pekerja anda mengalami kecederaan badan akibat Kemalangan yang menyebabkan Hilang Upaya Penuh Sementara, Manfaat Opsyenal ini membayar manfaat mingguan semasa tempoh hilang upaya untuk membantu menampung perbelanjaan kehidupan harian mereka.

Manfaat Hospital & Pembedahan Kumpulan (GHS)
Manfaat Opsyenal ini memberi 6 pelan perlindungan penjagaan kesihatan komprehensif untuk menjaga pekerja anda. Ia juga membenarkan anda melanjutkan perlindungan GHS untuk pasangan atau anak-anak pekerja anda. Semua manfaat di atas adalah sah di seluruh dunia.



Apakah PRU@work?
PRU@work adalah pelan hayat bertempoh kumpulan bukan penyertaan dengan tempoh pembaharuan tahunan. Polisi ini membayar manfaat kematian sekaligus jika Ahli Yang Diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Penuh dan Kekal sebelum berumur 70 tahun semasa tahun polisi. Anda boleh memilih salah satu pelan di bawah (Pelan 1 – 6) untuk setiap kategori pekerjaan. Semua pekerja anda di dalam kategori pekerjaan yang sama mesti menyertai pelan yang sama.





Manfaat Hospital & Pembedahan Kumpulan (GHS)
Manfaat Opsyenal ini memberi 6 pelan perlindungan penjagaan kesihatan komprehensif untuk menjaga pekerja anda. Ia juga membenarkan anda melanjutkan perlindungan GHS untuk pasangan atau anak-anak pekerja anda. Semua manfaat di atas adalah sah di seluruh dunia.


No comments:

Post a Comment